Franz Joseph I atau
Francis Joseph I (Jerman: Franz Joseph I.,
Bahasa Hungary: I. Ferenc József,
Bahasa Slovenia: Franc Jožef I.,
18 Ogos 1830 –
21 November 1916) merupakan Maharaja Austria dan Raja Hungary dari tahun 1848 hingga tahun kemangkatan baginda pada tahun 1916. Sejak
1 Mei 1850 hingga
24 Ogos 1866, baginda merupakan Presiden
Gabungan Jerman..
[1]Pada bulan Disember 1848,
Maharaja Ferdinand I telah turun takhta sebagai sebahagian daripada
Ministerpräsident Putera Felix zu Schwarzenberg untuk menamatkan
Revolusi 1848 di Austria yang membenarkan anakanda saudara Maharaja Ferdinand I iaitu Putera Franz Joseph untuk naik takhta. Sebahagian besarnya dianggap sebagai
reaksioner, Maharaja Franz Joseph menghabiskan pemerintahan awal menentang
perlembagaan dalam domain baginda.
Empayar Austria terpaksa menyerahkan tuntutannya kepada
Lombardy-Venetia dan
Sardinia berikutan tamatnya
Perang Kemerdekaan Itali Kedua pada tahun 1859 dan
Perang Kemerdekaan Itali Ketiga pada tahun 1866. Franz Joseph tidak menyerahkan wilayah tuntunanya kepada
Kerajaan Prusia selepas kekalahan Austria di
Perang Austria-Prusia.
[2]Maharaja Franz Joseph telah bermasalah dengan nasionalisme sepanjang pemerintahannya. Baginda membuat kesimpulan tentang
Ausgleich pada tahun 1867 yang memberikan autonomi kepada
Hungary, seterusnya menjadikan Empayar Austria ke dalam Empayar Austria-Hungary di bawah
dual monarki.Selepas
Perang Austria-Prusia,
Austria-Hungary mengalihkan perhatian di
Balkan yang merupakan satu ketegangan antarabangsa kerana kepentingan yang bercanggah dengan
Empayar Rusia.
Krisis Bosnia ialah hasil daripada pengilhakan Maharaja Franz Joseph ke atas
Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1908 yang telah
diduduki oleh tenteranya sejak
Kongres Berlin (1878). Pada 28 Jun 1914,
pembunuhan putera Austria, Erzherzog
Archduke Franz Ferdinand yang telah ditembak oleh
Gavrilo Princip iaitu seorang nasionalis Serbia menyebabkan Austria-Hungary melancarkan perang terhadap
Kerajaan Serbia yang merupakan sekutu Rusia. Ini menyebabkan perang besar-besaran iaitu
Perang Dunia Pertama.Maharaja Franz Joseph telah mangkat pada
21 November 1916 setelah memerintah Austria selama hampir 68 tahun. Baginda telah digantikan oleh cucunda lelaki baginda,
Charles I.